Ringkasan
Ringgit dijangka diniagakan berhati-hati minggu depan apabila konflik Asia Barat, harga minyak mentah dan data ekonomi AS mempengaruhi sentimen pasaran, dengan mata wang tempatan kekal tertekan berhampiran RM3.94 hingga RM3.98.
KUALA LUMPUR, 7 Mac 2026 — Ringgit dijangka diniagakan secara berhati-hati berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada minggu hadapan apabila sentimen pasaran terus dipengaruhi konflik Asia Barat, selain pergerakan harga minyak mentah dan data ekonomi AS.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pasaran akan terus memberi perhatian kepada perkembangan konflik tersebut, yang setakat ini masih belum menunjukkan tanda-tanda penyaheskalasian.
(selanjutnya…)