Agong terima laporan audit 2025

Wan Suraya mempersembahkan dokumen kewangan Persekutuan dan negeri di Istana Bukit Tunku.

Kongsi

KUALA LUMPUR — Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menerima Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2026 mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2025 pada 8 September.

Ketua Audit Negara Datuk Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi mempersembahkan laporan audit itu dalam sesi menghadap di Istana Bukit Tunku.

Menurut Bernama yang memetik hantaran Facebook rasmi Sultan Ibrahim, baginda turut menerima laporan mengenai kegiatan kementerian dan jabatan Persekutuan.

Dokumen lain yang dipersembahkan merangkumi penyata kewangan kerajaan serta agensi negeri, kegiatan kementerian, jabatan dan agensi negeri, selain pengurusan syarikat kerajaan negeri.

Hantaran itu memaklumkan bahawa Sultan Ibrahim turut meneliti laporan yang dipersembahkan, selaras dengan perhatian baginda terhadap tadbir urus dan pengurusan kewangan negara.

Cite This As:
Citation copied!
APAKAH PENDAPAT ANDA?

Tinggalkan Ulasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *