PETALING JAYA, 22 Februari 2026 — Beberapa individu yang ditahan ketika perhimpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) pada 7 Februari lalu telah memfailkan saman sivil terhadap Kerajaan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Saman berkenaan difailkan menerusi firma guaman Tetuan Chambers of Zainul Rijal selepas sembilan individu dibebaskan dengan jaminan polis, manakala seorang lagi direman selama dua hari sebelum turut dilepaskan.
Peguam yang mewakili kumpulan tersebut, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar, memaklumkan tindakan undang-undang itu diambil atas dakwaan bahawa penahanan serta langkah penguatkuasaan yang dilaksanakan tidak mematuhi peruntukan undang-undang dan telah menjejaskan hak asasi anak guamnya.
Menurut beliau, saman tersebut bertujuan mendapatkan keadilan serta penjelasan rasmi berhubung prosedur yang digunakan pihak berkuasa sepanjang perhimpunan itu berlangsung.
Kes berkenaan dijangka melalui proses mahkamah dalam masa terdekat, bergantung kepada tarikh pengurusan kes yang akan ditetapkan.

Tinggalkan Balasan