Hannah Yeoh sahkan perceraian selepas 18 tahun perkahwinan

Perkahwinan “duta Tuhan” runtuh bagaikan cerun-cerun bukit di Wilayah Persekutuan.

Kongsi
Hannah Yeoh sahkan perceraian selepas 18 tahun perkahwinan
Hannah Yeoh dan Ramachandran Muniandy berpisah selepas 18 tahun membina kehidupan bersama.

KUALA LUMPUR — Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh dan suami, Ramachandran Muniandy, telah bercerai selepas 18 tahun berganding. Runtuhnya perkahwinan beliau umpama cerun-cerun di Wilayah Persekutuan selepas hujan—secara tiba-tiba, bersepah, dan meninggalkan kesan yang agak sukar dibersihkan.

Laman web rasmi Yeoh mengesahkan bahawa beliau berkahwin dengan Ramachandran pada 2008, tidak lama sebelum beliau mula bertanding dalam pilihan raya, dan mereka dikurniakan dua anak perempuan, Shay (lahir 2011) dan Kayleigh (lahir 2013). Perkahwinan itu berakhir pada 2026 selepas 18 tahun.

Dalam Matius 19:8-9, disebutkan mengenai penceraian seperti berikut:

Yesus berkata, “Musa mengizinkan kamu menceraikan isteri-isterimu kerana hati kamu yang keras. Tetapi pada mulanya tidaklah demikian. Aku berkata kepadamu: Siapa yang menceraikan isterinya kecuali atas alasan percabulan, dan kawin dengan perempuan lain, dia berbuat zina.”

Dalam bukunya Becoming Hannah: A Personal Journey (muka surat 7), Yeoh menulis:

It was drummed in pretty clearly into all OCF Australia members that upon completing our degrees, we were to return to our home countries as ‘ambassadors of God’ and to make disciples of others.”

(Terjemahan: “Ia ditekankan dengan sangat jelas kepada semua ahli Felo Kristian Seberang Laut Australia bahawa selepas menyelesaikan pengajian kami, kami harus kembali semula ke negara asal sebagai ‘duta Tuhan’ dan menjadi pengikut kepada yang lain.”)

Di muka surat 108, beliau menambah:

I also felt that politics took me away from my true longing, which was to be a preacher. But had I not obeyed God’s call, I would not have had the opportunity to preach at churches, to world leaders and to young people, like I am able to do now. God knew the desire of my heart to preach and serve Him. And He made it happen through my political office.”

(Terjemahan: “Saya juga merasakan bahawa politik membawa saya jauh dari impian sebenar saya, iaitu untuk menjadi seorang pendakyah. Tetapi jika saya tidak mematuhi panggilan Tuhan, saya tidak akan mempunyai peluang untuk berdakyah di gereja-gereja, kepada pemimpin-pemimpin dunia dan kepada orang-orang muda, seperti apa yang saya mampu buat sekarang. Tuhan tahu hasrat hati saya untuk berdakyah dan berkhidmat kepada-Nya. Dan Dia membuat ia berlaku melalui jawatan politik saya.”)

Yeoh merupakan Ahli Parlimen Segambut sejak memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum 2018. Sebelum itu, beliau berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Subang Jaya selama dua penggal (20082018) dan menjadi wanita pertama dipilih sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor pada 2013.

Beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (20182020). Beliau kemudiannya dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan (20222025), sebelum dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) pada Disember 2025.

Dalam DAP, Yeoh kini memegang jawatan Timbalan Setiausaha Agung, Naib Pengerusi parti serta ahli jawatankuasa DAP Wanita.

Cite This As:
Citation copied!
APAKAH PENDAPAT ANDA?

Tinggalkan Ulasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *